Soalan

Saya seorang ibu muda yang sangat mementingkan soal pendidikan anak. Tidak dinafikan ibu bapa mahukan menjaga dan mengasuh anaknya sendiri. Dalam keadaan tertentu, tugas itu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Masalah saya adalah untuk mencari penjaga atau taman asuhan, pusat jagaan atau kelas fardu ain yang baik untuk anak-anak. Saya berharap puan dapat membantu dalam hal ini.
 

Ibu Muda,

Tanah Merah, Kelantan

Jawapan:

Sebagai seorang yang menguruskan taska, tadika dan pusat jagaan harian kanak-kanak selama lebih 10 tahun, insya-Allah saya dapat membantu puan.

Ada beberapa tips dan kriteria pemilihan pusat jagaan kanak-kanak.

  • Mesti berdaftar.

Taska dan pusat jagaan mesti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tadika pula dengan Jabatan Pelajaran.

  • Berjumpa, bersemuka dan berbincang dengan pengusaha/penyelia.

Hasil perbincangan itu puan dapat melihat dan menilai sendiri bahawa dia mengetahui sedikit sebanyak mengenai tata cara, peraturan dan penjagaan anak-anak.

Pastikan dia itu seorang yang mesra, peramah dan penyayang. Daripada situ juga puan boleh menilai sama ada dia mempunyai pengalaman, terlatih, minat pada tugas dan ikhlas.

Jika dia suka kerja itu, maka anak anak kita akan gembira. Keikhlasan, pengalaman dan pendedahan latihan sangat penting.

  • Kebersihan.

Pastikan puan masuk ke dalam kelas dan melihat dapur. Pastikan ia dalam keadaan memuaskan.

  • Bayaran Yuran.

Puan perlu bertanya dengan sejelas-jelasnya dan kalau memungkinkan boleh tawar menawar jika yurannya terlalu mahal. Buat perbandingan dengan pusat jagaan lain. Tanyakan juga bayaran lebih masa jika puan lambat mengambil anak.

  • Program.

Pastikan pusat itu mempunyai program tersusun supaya anak-anak mendapat pengisian mental, jiwa dan emosi sewajarnya.

  • Takaful.

Pastikan pusat itu mempunyai insurans takaful.

  • Kegiatan membabitkan ibu bapa.

Adakah mereka menggalakkan kegiatan seumpama?

  • Peraturan taska/tadika/pusat jagaan. Pastikan pusat jagaan mempunyai peraturan dan simpan satu salinannya.
  • Keceriaan.

Pastikan suasana riang dan ceria di sekitarannya. Suasana banyak faktor penggalak pengembangan minda anak-anak.

  • Fardu ain.

Ada tadika dan pusat jagaan menawarkan pembelajaran fardu aini. Bagaimanapun, puan perlu pastikan bagaimana mereka menekankan kegiatan amali mengambil wuduk dan solat.

  • Bayaran balik.

Puan perlu bertanya mengenai bayaran yang telah dibayar jika bertukar fikiran sebelum habis sebulan anak dihantar ke situ. Bolehkah puan dapatkan sebahagian bayaran balik daripada yuran yang dibayar? Ramai ibu bapa tertipu dalam perkara ini.
Bagi anak yang berumur empat tahun, mereka boleh dihantar ke taska, tadika atau pusat jagaan.

Saya lebih suka menghantar anak ke taska kerana konsep bermain sambil belajarnya yang lebih bebas dan sesuai pada tahap usia ini.

  • Senyum selalu. Banyak berdoa dan tawakal. Insya-Allah, semua masalah boleh diatasi.

Oleh : Rosnah Ahmad, pengurus dan pengusaha taska. dalam artikel
Panduan bagaimana memilih Taska terbaik, wanitajimceria

“When choosing a school for a young child, look for an environment that engages children in learning in active, exciting ways, and helps them feel enthusiastic and positive about mastering new skills and ideas. Schools should treat children as whole people. They should be places where kids will feel positive about learning and develop positive social relationships with peers. School should be a place that encourages children to appreciate both similarities and differences among people. Most importantly, school should be a place where play is valued and children are given many opportunities to explore new ideas through play.”

Diane Levin, Ph. D.
Professor of Education
Wheelock College
Author, Remote Control Childhood

 

sumber : pbs

Taska Tanpa Lesen

January 9, 2008

petikan dari mytaska

>> pengoperasian Taska mestilah mendapat  lesen daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

>> Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengeluarkan lesen / permit tertakluk kepada kelulusan dari 3 agensi iaitu:-

i. Jabatan Bomba dan peyelamat

ii. Jabatan Kesihatan Negeri

iii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

>> Manakala 3 agensi akan mengeluarkan surat sokongan kepada JKM apabila kehendak dan spesifikasi dipatuhi .

>> Mengoperasikan taska tanpa sijil atau permit daripada JKM adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan denda  maksimun RM10,000 atau penjara selama satu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

dari website JKM

Jabatan Kebajikan Masyarakat bertindak sebagai ‘final agency’ bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran TASKA atau Pusat Jagaan. Ini bermakna sebelum suatu Perakuan itu dikeluarkan, kelulusan dari agensi-agensi teknikal yang lain perlu diperolehi seperti kelulusan Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan.

Satu Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA bolehlah didapati daripada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, pada harga RM10.00.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pemohon bolehlah mendapatkan penjelasan dari mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah terdekat.

Antara dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama Borang Permohonan Pendaftaran TASKA ke PKMD adalah:

  • Kelulusan tiga agensi teknikal terkini/ masih sah tempoh lakunya.
  • Pelan lantai beserta pengiraannya (dalam ukuran meter)
  • Senarai menu mingguan
  • Senarai aktiviti mingguan
  • Senarai pekerja (nama penuh, No. K/P dan kelulusan)
  • Sijil Pendaftaran Syarikat/ Pertubuhan
  • Senarai aktiviti bersama ibubapa
  • Wang Pos/ Kiriman Wang bernilai RM50.00 atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Bagi permohonan pendaftaran baru TASKA, borang permohonan terdapat di bahagian belakang Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA, sementara bagi permohonan pendaftaran semula, 1 set borang permohonan boleh didapati pada harga RM4.00 di mana-mana PKMD atau negeri atau Ibu Pejabat.

Bagi borang permohonan Pusat Jagaan pula, ianya boleh didapati secara percuma di mana-mana PKMD atau negeri atau Ibu Pejabat. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan bagi tujuan pendaftaran adalah sama dengan TASKA, hanya wang pos/ kiriman wang adalah bernilai RM10.00 sahaja.

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Tingkat 19-24, Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
Jalan Raja Laut, 50562 Kuala Lumpur
TEL. : 603-2697 1090
FAKS : 603-2693 4270, 603-2694 9395
EMAIL : adminjkm@jkm.gov.my

Kursus Asuhan Kanak-kanak.. Hmm… dia orang kata ada KAAK ni ada yang tak diiktiraf… Hm.. mana lagi nak cari tempat kursus ni ye?Antara tempat yang aku dah kenalpasti…. lepas dapat info daripada pegawai JKM, Google/Yahoo… ni lah dia…

Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM)
No. 17, Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul, 1000 Kuala Lumpur
Tel : (603) – 4044 7640 / 4044 7641
Faks : (603) – 40447705
E-mail : ncswm@po.jaring.my
Website : http://www.ncwsdm.org.my
Kursus bulan 8. Aku try google, dapat website dia…

Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM)
No.3C & 5C, Bangunan S.E., Jalan 25/12, Taman Desa Suria, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel: (603) 78801367
Fax: (603) 78802941
Email: ppbm_org@streamyx.com
Website : http://childcareppbm.my.diip.net

Kursus bulan 4 di Petaling Jaya. Tapi belum ada schedule yang pasti. Confirmkan lepas bulan 2.

Persatuan Pengasuh Berdaftar Kuala Lumpur, Wangsa Maju (PEPENTA?)
03 41494002 / 0341496002

Hari Baru… Mulakan!

January 9, 2008

Blog ni, jurnal untukku merealisasikan impian ku menubuhkan taska. Banyak yang masih kabur. Mungkin bukan kabur, tapi gelap sedikit kabur. Harap ada yang dapat membimbing.

Mengikut perbincangan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) WP:
Taska untuk bayi baru lahir sehingga kanak-kanak 4 tahun.
Pusat Jagaan pula untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas.

Setakat ni aku baru je dapatkan borang yang terdapat di belakang buku yang boleh dibeli dengan harga RM4.00 dari pejabat JKM Pusat atau negeri. Sudah ku baca segala kehendak penubuhannya.

Nak ambil borang, kena interview sikit dulu… Pegawai JKM tu bagi jugak aku 3 nombor yang boleh aku hubungi untuk Kursus Asuhan Kanak-Kanak (KAAK).